PENGENALAN
Dilema
yang dihadapi oleh kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia adalah apabila
peningkatan dalam bilangan pelajar berpendidikan tinggi yang tidak dapat
memenuhi keperluan pasaran pekerjaan. Ketidakselarasan dari penawaran dan
permintaan dalam pasaran buruh siswazah telah menimbulkan banyak isu bukan
sahaja dari segi peranan institusi pengajian tinggi dan program pengajian yang
ditawarkan tetapi juga dari segi kualiti graduan yang dilahirkan. Pasaran buruh
siswazah telah mengalami banyak perubahan dari segi permintaan terhadap tenaga kerja
dan keperluan ekoran daripada perubahan teknologi yang semakin hebat dan
peningkatan globalisasi.
Masalah
pertama yang dihadapi oleh para siswazah ialah penggunaan bahasa Inggeris
lemah. Syarikat swasta majoritinya mahu
pekerja mereka fasih berbahasa inggeris, tidak terkecuali syarikat yang
dimiliki oleh orang melayu. Temuduga kerja juga kebanyakan dikendalikan dalam
bahasa Inggeris. Kurangnya penggunaan
bahasa Inggeris dilihat menjadi punca pelajar kurang keyakinan diri untuk
bercakap di khalayak ramai kerana bimbang ada kesalahan tatabahasa dan
sebagainya.
Seterusnya,
masalah lemah dalam berkomunikasi.
Graduan kurang keyakinan dalam berkomunikasi menyebabkan graduan gagal
memperolehi pekerjaan. Majikan memerlukan mereka yang mahir berkomunikasi untuk
memastikan segala tugasan yang diberikan difahami dan mendapat maklum balas
yang baik. Sekiranya graduan tidak berupaya untuk berkomunikasi, sukar untuk
majikan menawarkan pekerjaan. Tambahan pula, ketika sesi temu duga kriteria
tersebut merupakan faktor utama yang dilihat dan diambil kira oleh majikan
sebelum menawarkan pekerjaan.
Selain
itu, tiada personaliti dan karakter yang meyakinkan. Tingkah laku dan karakter diri graduan yang
menarik akan menyerlahkan pesona dalam diri ini. Sesetengah graduan tidak
mempunyai karaker yang disukai oleh majikan dan rakan sekerja. Oleh itu, boleh mengabitkan kurang penonjolan
diri terhadap majikan. Dengan karakter
yang menarik, pastinya graduan tidak akan menjadi penganggur tegar. Majoriti majikan tertarik dengan personaliti
pemohon ketika hadir ke sesi temu duga.
Justeru, bentuklah personaliti yang menarik bagi memudahkan anda untuk
mendapat pekerjaan.
KEMAHIRAN
BERBEZA YANG DICARI OLEH PARA GRADUAN MASA HADAPAN
- KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Antara kemahiran generik yang
dipandang tinggi oleh majikan adalah kemahiran komunikasi yang berkesan. Tahap komunikasi ini diukur berdasarkan
keupayaan seseorang itu menghuraikan hujah dengan penuh keyakinan serta
memberikan buah fikiran yang mantap. Selain itu juga, tidak hanya satu bahasa
yang diambil kira, malahan keupayaan untuk fasih berbahasa asing seperti Bahasa
Inggeris amatlah perlu dititik. Gerak
geri badan serta bait-bait perkataan yang dituturkan akan mempengaruhi orang
yang menerima mesej yang ingin disampaikan.
Interaksi yang diistilahkan sebagai secara lisan dan juga bukan lisan
ini amatlah penting demi menjaga hubungan sesama rakan sekerja. Elemen yang wujud dalam komunikasi gerak
tubuh ini merupakan salah satu pelengkap supaya informasi yang disampaikan itu
tepat dan jelas. Majikan menganggap
bahawa kemahiran berkomunikasi dengan baik adalah sangat penting dan kebanyakan
majikan kurang berpuas hati dengan cara para graduan mempersembahkan diri
mereka dengan berkesan.
- KEMAHIRAN BEKERJA BERKUMPULAN
Kemahiran insaniah seperti bekerja
dalam kumpulan adalah sangat penting, malahan lebih
penting dari kemahiran teras walaupun kemahiran menulis dan berkaitan nombor
yang baik dianggap penting oleh hampir 70 peratus majikan pada masa kini. Sikap
individualistik atau berkepentingan peribadi haruslah dikikis sama sekali dalam
usaha untuk memajukan potensi diri serta menunjukkan sikap positif dalam
kalangan rakan sekerja. Sejak dari
bangku sekolah lagi pelajar telah didedahkan dengan semangat setia kawan serta
sentiasa mementingkan kerja berpasukan agar sesuatu yang ingin dicapai itu
tidaklah begitu sukar untuk dikecapi malah ianya menjadi salah satu tunggak
utama untuk berjaya. Belajar dari rakan
sebaya menerusi perbincangan yang telus akan membuahkan hasil yang produktif.
Segala akal buah fikiran akan diperhalusi dan difahami agar ianya mendapat
persetujuan semua pihak. Kerja secara berpasukan ini juga mampu dilihat sebagai
keupayaan untuk bekerja secara kumpulan dan mengasah bakat seseorang individu
itu untuk menjadi seorang pemimpin yang adil. Persaingan yang sihat sesama ahli kumpulan
akan menjadi lebih mudah diselesaikan kerana perkongsian pendapat sesama ahli
kumpulan dalam meringankan beban yang dikandung selama ini.
3.
- KEMAHIRAN MEMANTAPKAN KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan emosi menyentuh tentang
cara mewujudkan hubungan yang bermakna, berpandukan kualiti seperti menjadi
pendengar yang aktif, ada sifat empati, memberi respons, dan yang paling penting,
memiliki kesedaran diri. Salah satu
cabaran terbesar bagi sesebuah organisasi hari ini ialah kebanyakan pemohon
kerja memiliki kemahiran yang relevan dengan syarikat tetapi mereka kurang dari segi kemahiran
‘insaniah’, yang penting untuk membangunkan perkongsian kerja yang kukuh, sama
ada dari segi dalaman dan luaran. Dalam
kekalutan menyiapkan kerja, golongan yang boleh berhubung atau mengaitkan diri
dengan orang lain sangat bernilai untuk syarikat.
- KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Kemahiran kepimpinan merupakan
kebolehan seseorang mempengaruhi orang yang di bawah seliaanya berubah kelakuan
ke arah yang lebih positif dan memberangsangkan. Inilah yang dilihat antara faktor
penolak sesebuah organisasi ke atas graduan dari aspek mampu menyelesaikan
masalah dan bekerjasama di dalam kumpulan. Dunia pekerjaan yang semakin
mencabar disebabkan oleh penekanan terhadap modal insan meletakkan kemahiran
kepimpinan dalam situasi yang agak penting.
Graduan yang mempunyai ciri kepimpinan sekaligus mampu menyelesaikan
masalah dan berkebolehan melakukan kerja dalam kumpulan. Ini kerana, dalam
proses pemilihan pekerja, majikan memerlukan tenaga kerja yang mempunyai
kualiti intelektual yang tinggi serta mampu bekerjasama dalam menjalankan
tugas. Bowles dan Gintid (2002), merumuskan bahawa ciri kemahiran dan
tingkahlaku memainkan peranan yang penting dalam pasaran buruh.
- KEMIHARAN MEMPUNYAI SIKAP POSITIF
Kajian yang lain menunjukkan bahawa
sikap yang positif merupakan ciri yang perlu dimiliki oleh graduan bagi
memenuhi syarat dan keperluan pekerjaan. Kajian dari Azizah Yaacob,Hazita
Azman,Norizan Abdul Razak, Sallehuddin Abdul Aziz & Wong Fook Fei ,2005
menyatakan sikap lazimnya
diuji dalam sesi temuduga atau perbincangan bagi mengukur (gauge) sikap ,minat
belia terhadap majikan serta isu semasa. Kajian ini melihat ramai graduan yang
hadir untuk temuduga tidak membuat persiapan dengan melengkapkan diri dengan
pengetahuan organisasi yang dipohon, pengetahuan am serta isu-isu lain. Kebolehpasaran graduan merujuk kepada graduan
yang berkebolehan dan sentiasa bersedia menunjukkan kemahiran, pengetahuan,
sikap dan pemahaman mendalam terhadap bidang perniagaan yang membolehkan
graduan menyumbang secara positif terhadap objektif organisasi apabila diambil
bekerja. Kriteria personaliti di dalam amalan pemilihan pekerja meliputi
aspek-aspek berfikir, sikap, proses pembuatan keputusan dan nilai yang ada
dalam diri seseorang calon.
CADANGAN
AGAR KEMAHIRAN DAPAT DIBERIKAN KEPADA PARA GRADUAN
- CADANGAN KEPADA BAKAL GRADUAN
Bakal graduan perlu atau wajib
menyertai aktiviti-aktiviti persatuan samaada di dalam, mahupun di luar kampus,
dengan pihak universiti perlu memantau atau menghadkan penglibatan bakal
graduan sekiranya terlibat dengan persatuan luar kampus. Penglibatan di dalam
aktiviti persatuan ini kepada bakal graduan ialah, melaluinya, bakal graduan
akan dapat meningkatkan keyakinan ketika berdepan dengan orang ramai, selain
mengasah kemahiran berkomunikasi mereka dengan komuniti yang ada di dalam
persatuan yang disertai. Dari aspek individual pula, penglibatan ini akan
membantu bakal graduan memupuk semangat dalam kerja berpasukan. Malah, ianya
merupakan pendedahan kepada bakal graduan sebelum memasuki alam kerjaya yang
sebenar dalam perkongsian idea dan mengemukakan idea yang kritis untuk sesuatu
maklumat sekiranya ingin menyelesaikan masalah. Dari itu, bakal graduan juga
dapat menggunakan kesempatan tersebut untuk membiasakan diri dengan perkongsian
idea dengan komuniti yang terlibat di dalam persatuan tersebut. Selain itu,
bakal graduan juga dapat memupuk diri dengan sifat kepimpinan dalam diri mereka
dengan menjadi pemimpin kepada rakan yang lain. Ini kerana, kemahiran-kemahiran
tersebut, seperti kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan merupakan
aspek dan kriteria yang dicari oleh majikan.
- CADANGAN KEPADA INSTITUSI-INSTITUSI PENDIDIKAN
Pihak institusi perlulah memberi pendedahan
awal aspek kerjaya kepada bakal graduan. Institusi-institusi pendidikan perlu
mengambil kesempatan, agar memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah
khasnya tentang kerjaya yang ditawarkan kelak dengan mengikuti pengajian yang
ditawarkan di universiti-universiti tempatan. Dengan adanya pendedahan ini kepada
murid-murid sekolah, maka secara tidak langsung, ini akan dapat membantu mereka
lebih bersedia sedari awal apakah bidang yang ingin diceburi kelak ketika
menuntut di universiti. Mereka akan dapat mengumpul seberapa banyak keperluan
yang penting, seperti kemahiran-kemahiran insaniah yang perlu dikuasai dan
dimiliki sebelum melangkahkan kaki ke gerbang kerjaya kelak. Pihak institusi-institusi pendidikan yang
berkaitan juga perlu mengadakan program berkaitan dengan keusahawanan, kerana
melalui program ini bakal-bakal graduan akan dapat mengaplikasikan kebolehan
yang mereka ada untuk menghasilkan produk atau menjual produk. Dengan adanya
lebih banyak lagi program keusahawanan ini, lebih banyak manfaat serta
kemahiran insaniah yang dapat dipupuk serta dikuasai oleh bakal graduan.
KESIMPULAN
No comments:
Post a Comment